Saya Tidak Tahu Ada Petisyen Bantah Saya Berlakon Drama Coffee Prince – Fattah Amin

Hiburan

Saya Tidak Tahu Ada Petisyen Bantah Saya Berlakon Drama Coffee Prince – Fattah Amin

Baru sahaja pulang daripada menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak, pelakon Fattah Amin memberitahu beliau tidak tahu wujudnya petisyen bantahan agar beliau tidak membawakan watak utama dalam drama Coffee Prince versi Malaysia.

Advertisement

Jelas Fattah, sehingga hari ini beliau sebenarnya masih belum mendapat pengesahan rasmi tentang pembabitan beliau dalam drama tersebut tetapi mengakui pengarahnya Michael Ang ada menawarkan beliau berlakon sebagai hero.

Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar. Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya. Tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.

Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, sumber yang rapat dengan produksi drama berkenaan mengesahkan Fattah akan berlakon dalam drama itu membawa watak Choi Han-Gyul yang dilakonkan Gong Yoo dalam versi asal Coffee Prince.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...