Saya Tidak Fikir Mahu Ada Hubungan Dengan VIP Apabila Bergelar Pengacara Nona – Mira Filzah

Hiburan

Saya Tidak Fikir Mahu Ada Hubungan Dengan VIP Apabila Bergelar Pengacara Nona – Mira Filzah

Semalam pelakon jelita Mira Filzah telah diumumkan sebagai pengacara Nona bagi tahun 2018. Umum mengetahui, ramai juga antara pengacara rancangan tersebut sebelum ini mempunyai sejarah bercinta mahupun berkahwin dengan VIP.

Advertisement

Walaubagaimanapun,  Mira tidak pernah terfikir untuk mengejar cinta mana-mana lelaki kaya ataupun  VIP apabila diberikan peluang untuk mengacarakan rancangan tersebut.

Mungkin ada orang selalu fikir apabila jadi pengacara Nona mesti kena ada hubungan dengan VIP. Tapi saya tak terfikir langsung tentang hal itu. Cumanya, nak cakap lebih pun tak boleh sebab soal jodoh kita tak tahu, andai kata tertulis begitu, saya tak boleh nak tolak kerana ia sudah tertulis. Apa yang boleh saya kata, pembabitan saya dalam program ini bukan berniat untuk memburu lelaki kaya atau VIP.

Dalam pada itu, Mira juga sempat berkata beliau sudah bersedia untuk menerima kritikan serta kecaman netizen ketika beliau mengendalikan program tersebut nanti. Kami pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat Mira sebagai pengacara Nona kerana beliau juga mempunyai auranya tersendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...