“Saya Tiba-Tiba Bau Hangit..” – 6 Keluarga Nyaris Maut, Kereta Terbakar Dalam Sekelip Mata

Berita

“Saya Tiba-Tiba Bau Hangit..” – 6 Keluarga Nyaris Maut, Kereta Terbakar Dalam Sekelip Mata

Hampir menjadi detik hitam buat satu keluarga apabila terjadinya satu insiden yang menimpa mereka, petang Khamis lalu apabila kereta yang dinaiki terbakar secara tiba-tiba.

Ketika ditemubual oleh pihak mStar, seorang ahli keluarga yang bernama Afiqah Annas mengatakan mereka sekeluarga masih teringat dengan jelas apabila kereta yang mereka naiki disambar api berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Advertisement

Menurut gadis yang mesra dipanggil Afiqah ini, kejadian yang menimpa mereka berlaku kira-kira sekitar jam 3 petang ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Felda Palong, Negeri Sembilan hendak menuju ke rumah kakaknya di Pasir Gudang, Johor.

Tiba-tiba saya terbau seperti benda hangit. Masa tu dah nampak asap keluarga dari bahagian but kereta .

Dalam pada masa yang sama, dia turut memberitahu kejadian kebakaran itu berlaku dalam masa 2 minit sahaja, oleh kerana itu mereka hanya fikir untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu dan meninggalkan barang-barang yang lain.

kereta terbakar tiba-tibaSumber : mStar 

Tambahnya lagi, seluruh ahli keluarganya masih dalam keadaan trauma dan terkesan terutama, bapanya kerana kereta yang dijilat api itu merupakan keretanya, namun turut rasa bersyukur kerana tiada yang tercedera.

Punca kebakaran berlaku masih belum diketahui dan masih dalam siasatan polis. Afiqah turut sempat menasihati orang ramai agar elakkan diri dari terlelap di dalam kereta dan biarlah ada seorang yang menemani pemandu.

Bekas PM Najib bersalah
2 years ago

Akhirnya Terjawab, Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Bekas PM Najib Razak Dikekalkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...