Berang dituduh sebagai seorang yang sombong dan tidak menegur Datuk Seri Vida semasa beliau hadir ke final GV5, Nabil Ahmad menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan menuntut usahwan kosmetik itu membayar hutangnya yang sudah dua tahun tertunggak.
Walaubagaimanapun, DSV menafikan beliau ada berhutang dengan Nabil dan sangat terkejut dengan tuntutan yang dibuat.
Saya rasa tak ada apa hutang pun dengan dia. Saya pun tak tahu projek apa yang dimaksudkan. Bila saya cakap dia dan Jihan tak tegur saya, tiba-tiba dia cakap saya ada hutang pula. Terkejut juga saya.
DSV tetap menegaskan Nabil dan Jihan langsung tidak menegurnya dan menyifatkan kehadirannya pada malam itu ibarat tetamu tidak diundang.
Betul, buat apa saya nak tipu. Kakak saya kata aloh mu dah taja GV empat tahun, takkan Nabil tak tegur mu. Saya kata tak tahu dia, takkan tak nampak saya. Penonton dekat (tempat duduk) atas siap jerit lagi Datuk Seri… Datuk Seri. Mereka hanya lalu sahaja.
Terdahulu, Nabil menganggap DSV sengaja ingin memperbesarkan perkara itu dan membuat dakwaan palsu sedangkan ramai penonton di dalam dewan menjadi saksi beliau dan Jihan ada menegur bekas penaja program hiburan tersebut.