“Apakah nilai satu persahabatan?” itulah kata-kata pelakon Sofi Jikan ketika memuat naik foto bersama Datuk Farid Kamil di akaun Instagramnya beberapa hari lalu. Sehingga hari ini “posting” Sofi itu menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang status persahabatan mereka berdua.
Menerusi portal mStar Online, Sofi bagaimanapun tetap bersangka baik terhadap rakannya itu meskipun beliau masih tidak tahu apakah sebab disebalik laporan polis yang dibuat oleh Farid terhadapnya.
Sampai sekarang saya tidak tahu sebab apa dia berbuat demikian dan dia juga tiada menghubungi saya sehingga sekarang. Sama ada kami masih berkawan atau tidak sepatutnya awak tanya dia, saya sentiasa bersangka baik.
Sofi kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.