Written by Bella | January 7th, 2019

Viral beberapa hari lalu apabila ada pihak mendakwa pemilik Sri Ternak Group hanya mempergunakan nama Datuk Rosyam Noor sebagai duta untuk menarik pelanggan ke pasaraya ST Rosyam Mart. Isu tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen dan pada masa yang sama Rosyam dilempar dengan bermacam tuduhan.

Menjawab segala persoalan, Rosyam menerusi satu sidang media khas tampil menjelaskan beliau bukanlah ‘barua’ Cina seperti yang digelarkan ramai dan sebenarnya memiliki 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart.

Saya tidak pernah cakap ST Rosyam Mart adalah milik saya 100 peratus, tetapi orang tuduh saya jadi ‘barua’ Cina. Malah, maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut ditularkan sehingga saham saya juga dipertikaikan. Saya bukan duta ST Rosyam Mart seperti yang didakwa, tetapi pemilik bersama kerana turut memegang saham 10 peratus.

Saya juga tidak ada kaitan dengan pengurusan Sri Ternak Group (STG). Saya hanya bekerjasama dengan Pengarah Sri Ternak iaitu Datuk Raymond Ho yang turut memegang saham 89 peratus manakala adiknya, Alan Ho pula memiliki satu peratus dalam ST Rosyam Mart.

Di Facebook saya, ada individu yang cakap saya ‘barua’ Cina. Perkara itu bukan hanya membuatkan saya sedih, tetapi keluarga juga terasa sama.

Rosyam juga sudah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak mengenai tuduhan individu mengatakan dirinya sebagai ‘barua’ Cina dan kononnya Ah Chai adalah pemilik sebenar ST Rosyam Mart.

Sumber Berita : Harian Metro

36 responses to Saya Terkilan Dituduh ‘Barua’ Cina – Rosyam Noor Jawab Isu ST Rosyam Mart

  1. Anonymous says:

    mydin dh tentu 100% melayu…nie baru empayar hebat anak melayu….ini brula jujur.

    • Anonymous says:

      mydin owner (yg mmbuka mydin) tu kawen dgn pekerjanya iaitu org wanita melayu. Sbb tu sng “berurusan”..

    • Anonymous says:

      Mydin melayu?? Kau menidakkn keturunan campuran diaorg tau. Islam yes.