“Saya Tengok Isteri Mahukan Populariti & Kemasyhuran” – Hasnol Umum Bakal Bercerai, Enggan Terpalit Fitnah

Hiburan

“Saya Tengok Isteri Mahukan Populariti & Kemasyhuran” – Hasnol Umum Bakal Bercerai, Enggan Terpalit Fitnah

Penyanyi yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama, Hasnol Hassan Arif memaklumkan bahawa rumah tangga yang dibinanya bersama isteri, Marina Mohin akan berakhir pada Khamis nanti.

Ditemui Harian Metro, penyanyi era 90-an ini berkata tujuan dia berkongsi mengenai perkara itu adalah untuk makluman umum agar tidak timbul fitnah ke atas mereka nanti.

Advertisement

Dia yang terkenal dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan perceraian yang berlaku adalah secara baik dan tiada permusuhan.

Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2014, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian. Saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad untuk bawa haluan sendiri.

Katanya, keputusan untuk bercerai itu hanyalah diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya sahaja sebelum ini.

Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belak. Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ni.

Sekadar info, Hasnol telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya kini pada tahun 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.

Hasnol juga mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bad indigo
1 year ago

"Memang Terkejut.." - Akui Masih Sayang Ashira, Bad Indigo Kelu Bekas Isteri Dah Temui Pengganti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...