October 1st, 2019

Setiap orang pasti akan melalui detik hitam dalam hidup mereka, begitulah juga dengan pelakon Norman Hakim yang mengakui dia pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi lapan tahun lalu.

norman hakim bunuh diri

Menurut Norman, ketika itu dia hilang pertimbangan diri apabila rumah tangganya gagal diselamatkan dan terpisah dari anak-anak.

Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga , maknanya saya mati. Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.

Mengenang kembali apa yang berlaku, sehingga hari ini rasa bersalah dan berdosa menyelubungi dirinya. Namun, peristiwa itulah juga menjadi titik permulaan perubahan dalam hidupnya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini. Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’

norman hakim

Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya.

Jadikan perkongsian Norman ini sebagai iktibar kepada masyarakat. Janganlah tersilap langkah walau macam mana perit pun dugaan yang harus dilalui.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : YouTube SINAR

Kredit Foto : The Star


30 responses to “Saya Telan 10 Papan Panadol – Pengakuan Norman Hakim Pernah Cuba Bunuh Diri”

  1. lin says:

    anak2 dia jadi hafiz hafizah atas usaha abby ok..

  2. Anonymous says:

    Tak yah la buat statement camni..elok org lupa dah keluar balik aib dulu..memang la sekarang ok..tapi org tak lupa la kisah norman and memey..abby pun tgh pantang tu,kang dia bagi sedassss kang baru tau…ehhhh acah2 sangat..

  3. EnazFInaz says:

    bukan ke dulu2 ko yang cari masalah curang dengan mimi kat luar umah? apsal nak nyesal gagal selamatkan rumah tangga pulak? ko yang punca rumah tangga ko hancur.. hahaha.. attention seeker ni..dia ngat org lupa apa yg berlaku sebelum dia bercerai dulu..

  4. syaitoonnnn says:

    Allah tak tgk sape kau mase dulu..Allah tgk ape sape kau masa sekarang..bnd lepas semua org ade khilaf tmasuk ko la meetomato…so x payah seronok sgt nak mngungkit pasal org tido pakai boxer ke pakai serban ke pakai telekung ke..betolkn diri ko dulu..phuikkk

  5. meetomato says:

    Norman tak nak cite ke babak “tinggal berasingan di office tu”? Siap pakai boxer & menyorok dalam stor. hahahahahahahaahahahahaha….ade ke org tdo dlm stor? skrg nak bagitau rasa victim la?

    dasar lelaki miang, phuikkkk

Loading...