Saya Telan 10 Papan Panadol – Pengakuan Norman Hakim Pernah Cuba Bunuh Diri

Hiburan

Saya Telan 10 Papan Panadol – Pengakuan Norman Hakim Pernah Cuba Bunuh Diri

Setiap orang pasti akan melalui detik hitam dalam hidup mereka, begitulah juga dengan pelakon Norman Hakim yang mengakui dia pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri selepas bercerai dengan bekas isterinya, Abby Abadi lapan tahun lalu.

norman hakim bunuh diri

Advertisement

Menurut Norman, ketika itu dia hilang pertimbangan diri apabila rumah tangganya gagal diselamatkan dan terpisah dari anak-anak.

Saya pernah melalui fasa perceraian dan ketika itu saya tiba-tiba hilang keluarga dan anak-anak. Bila saya hilang keluarga , maknanya saya mati. Masa tu bila betul-betul keluarga hilang, rasa gelap dunia dan bernafas pun rasa tak guna.

Mengenang kembali apa yang berlaku, sehingga hari ini rasa bersalah dan berdosa menyelubungi dirinya. Namun, peristiwa itulah juga menjadi titik permulaan perubahan dalam hidupnya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kemudian terus telefon mak dan ayah untuk minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas salah silap saya selama ini. Tidak lama selepas itu saya terus terlelap tak sedar diri dan hanya sedar kembali pada jam 9 pagi kemudian terus berkata ‘eh aku hidup balik?’

norman hakim

Kemudian ia terus menjadi turning point dalam hidup saya kerana Allah telah bagi peluang untuk saya hidup dan bertaubat kepadanya.

Jadikan perkongsian Norman ini sebagai iktibar kepada masyarakat. Janganlah tersilap langkah walau macam mana perit pun dugaan yang harus dilalui.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Video : YouTube SINAR

Kredit Foto : The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...