Izreen Azminda memberitahu, dia tak tahu menahu punca suaminya dan isteri pertama bercerai. Ude Wahid, 30, akan menceraikan isteri pertama Intan Liana Salleh, 33 pada petang ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Harian Metro melaporkan Izreen berkata:
Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.
Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik.
Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian.
Izreen dan Ude bernikah secara rahsia pada Ogos lepas tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak, manakala Izreen mempunyai seorang anak hasil perkahwinan sebelum ini. – beautifulnara.com