Siapa sangka teguran jujur dan ikhlas penyanyi Baby Shima terhadap vokal Datuk Seri Aliff Syukri dalam single terbarunya berjudul Cowok Baru akan menimbulkan kontroversi.
Bermulalah “perang” antara mereka di media sosial apabila Aliff tidak dapat menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka.
Namun ada netizen yang merasakan mungkin ia hanya sekadar gimik untuk melariskan lagi lagu terbaru Aliff.
Bagaimanapun, kata Aliff dia tidak perlukan kontroversi untuk trending dan enggan mengulas lanjut mengenai isunya bersama Baby Shima kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada penyanyi itu.
Saya tak perlukan Baby Shima untuk trendingkan lagu saya. Tanpa kontroversi dengan dia pun, lagu saya dah memang trending.
Lagu saya dah dimainkan di lebih 10 buah radio popular di Indonesia. Jadi, anda tidak perlu lagi bertanyakan saya mengenai Baby Shima, nanti seakan saya memberikan publisiti percuma kepada dia.
Terdahulu, Baby Shima menyatakan pendapat bahawa muzik dan melodi lagu Cowok Baru sudah cukup bagus, cuma sayangnya vokal Aliff agak tidak sesuai dengan lagu bergenre dangdut. Aliff kemudiannya melenting dan turut menyindir Baby Shima menerusi beberapa posting di Instagram.