October 13th, 2018

Hanya kerana berkongsi momen indah dapat meluangkan masa bersama kekasihnya dan terselit pula kereta mewah yang dipandu, pelakon Ruhainies dituduh pula sebagai seorang wanita yang hanya ingin mengejar kekayaan lelaki lain atau dalam erti kata lain, mata duitan.

Menambahkan rasa bengang Ruhainies, netizen turut mengatakan hanya perempuan yang malas sahaja yang akan mencari lelaki kaya kerana ingin menumpang kesenangan tanpa perlu bersusah payah.

Advertisement

Bagaimanapun, Ruhaineis membidas tuduhan tersebut dan memberitahu beliau tidak perlu bergantung harap kepada lelaki untuk hidup mewah.

Saya bukan jenis perempuan seperti yang diperkatakan netizen itu. Dari awal saya masuk bidang seni ini, saya bekerja keras sendiri mencari rezeki untuk keluarga. Selama ini pun hasil kerja saya hanya untuk keluarga sahaja. Saya tak perlu mana-mana lelaki kaya semata-mata untuk hidup dalam kemewahan.

Kaya itu satu bonus tapi bukanlah saya mahukan seseorang itu hanya disebabkan dia kaya ada duit sahaja. Kalau kaya tapi kaki perempuan sana sini dan berkelakuan tidak elok nak buat apa kan? Yang paling utama, diri sebenar lelaki itu. Saya tertarik dengan kekasih saya itu sebab dia memiliki personaliti yang baik dan tahu menghormati orang tua.

Ruhainies tidak pernah berniat mahu menunjuk-nunjuk logo kerete mewah Mercedes tersebut, tetapi hanya ingin memberitahu beliau kini sedang dilamun cinta.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

53 responses to “Saya Tak Perlu Lelaki Kaya Untuk Hidup Mewah – Ruhainies Bengang Dituduh Mata Duitan”

  1. Fabulous Fan says:

    Muka cam ni pon ada hati jadi player. Tak sedar diri. Hello tengok Fazura tu..muka cantik tapi sudi terima lelaki yang bukan hartawan sebagai suami. Lagi bahagia dari kawin Dato’ dan jutawan..

  2. pening lalat says:

    Ruhainies nie berlakon brp banyak drama dan filem ehk? jarang tengok muka dia kat mana2 drama dan filem, dan juga no products yg dia keluarkan, tapi dapat juga hidup mewah kan, So curious????

Loading...