“Saya Tak Nak Komen Apa-Apa” – PU Abu Kunci Mulut Dakwaan Sudah Rujuk Semula Dengan Isteri Pertama

Hiburan

“Saya Tak Nak Komen Apa-Apa” – PU Abu Kunci Mulut Dakwaan Sudah Rujuk Semula Dengan Isteri Pertama

Ingatkan dah reda kisah rumah tangga PU Abu Sufyan dengan bekas isterinya, tetapi mengejutkan apabila Hana Azraa mendedahkan bahawa lelaki itu sudah pun rujuk dengan isteri pertama pada minggu kedua selepas mereka berkahwin.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh isteri keduanya kerana tidak betah melihat anak mereka Muhammad Uwais al-Mateen asyik menerima kecaman netizen.

Advertisement

Usahawan kosmetik itu juga meminta kedua-dua PU Abu dan Ain Ani supaya tidak merahsiakan lagi perkara ini daripada orang ramai kerana disebabkan oleh hal itu, dia juga diheret dan menjadi mangsa keadaan.

hana azraa dedah pu abu sudah rujuk dengan ain

Walaubagaimanapun, PU Abu nampaknya lebih senang mengambil langkah menguncikan mulutnya daripada mengesahkan perkara yang didedahkan oleh Hana Azraa.

Katanya, dia tidak mahu menggunakan laman media sosial sebagai tapak untuk dia membuka cerita mengenai kisah peribadinya.

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut.”

Hana Azraa yang sudah pun bercerai dengan PU Abu pada Mei tahun lalu meminta pasangan suami isteri itu supaya memberikan kenyataan yang sebenarnya kepada umum supaya dapat menjelaskan perkara yang sahihnya.

Namun sepertinya pendakwah itu tidak akan membuka cerita mengenai hal rumah tangganya dengan mulutnya sendiri, malah meminta semua orang bertanya sahaja mengenai perkara tersebut kepada Hana.

“Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri.”

Seperti tiada kesudahan kemelut di antara PU Abu dan bekas isterinya.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...