Saya Tak Marah Bila Netizen Kata Riak – Nabil Ahmad

Hiburan

Saya Tak Marah Bila Netizen Kata Riak – Nabil Ahmad

Susah sebenarnya kehidupan sebagai seorang selebriti. Apa sahaja yang dilakukan, orang akan tuduh kita riak, menunjuk-nunjuk, berlakon dan sebagainya. Sedangkan apa  yang dikongsikan adalah ikhlas dan jujur dari hati. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila sebuah video dirinya berkongsi tentang kehebatan kuasa sedekah menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Untuk makluman, video tersebut sebenarnya telah dirakamkan beberapa tahun lalu.

nabl ahmad

Advertisement

Di dalam video tersebut, Nabil berkongsi bagaimana kuasa sedekah telah berjaya mengubah hidupnya. Dari bergaji hanya RM600 sebulan, Nabil telah mendapat gaji sehingga RM50,000 sebulan. Namun, niat asalnya itu disalah tafsir hingga dituduh riak dan sengaja mahu menunjukkan kemewahannya. Kata Nabil:-

Saya cuma nak berkongsi macam mana orang tiada pendidikan seperti saya ini boleh berjaya dan salah satu caranya dengan sedekah. Saya tak marah bila netizen kata riak sebab nanti akan timbul tak ikhlas pula. Tak pasti kenapa mereka ini nak lemparkan komen negatif pada saya walhal video itu kisah yang baik.

Mungkin lepas mereka lihat video itu terus ada rasa nak bersedekah pada orang yang memerlukan. Kuasa sedekah itu sangat besar maknanya dan ganjaran yang Tuhan janjikan pun amat luas.

nabl ahmad

Berikut adalah video perkongsian Nabil Ahmad untuk tatapan anda:-

Abang Nara juga suka dengan kisah Nabil Ahmad menjual kereta yang dimenangi menerusi program Raja Lawak untuk membeli rumah buat orang tuanya. Selepas itu, memang rezeki melimpah ruah. Sesungguhnya sedekah itu memang hebat kuasanya, lebih-lebih lagi jika kita membantu orang yang rapat dengan kita yang betul-betul memerlukan. Buat Nabil, teruskan perkongsian sebegini. Biasalah orang kita ini memang kerja mendengki je. Pedulikan apa yang mereka katakan. Yang penting kita tahu niat kita adalah ikhlas. Tak gitu? Sumber Utusan Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...