“Saya Tak Dibayar.. ” – Terkandas Nak Pergi Solat Jumaat, Pemandu Bas Tak Sudi Tumpangkan Pelajar?

Kehidupan

“Saya Tak Dibayar.. ” – Terkandas Nak Pergi Solat Jumaat, Pemandu Bas Tak Sudi Tumpangkan Pelajar?

Pada zaman belajar sememangnya merupakan satu momen yang penuh dengan cabaran-cabaran, bukan dari segi pelajaran saja tetapi hal kehidupan yang kita tak pernah lalui sebelum ini pun akan dirasai.

Bagaimanapun, cabaran yang dilalui bersama rakan sebaya itulah yang akan menjadi kenangan manis apabila dewasa kelak.

Advertisement

Seperti video pendek yang dikongsikan di platform TikTok oleh seorang pelajar universiti ini, dapat dilihat dia bersama rakannya sedang alami cabaran kekurangan pengangkutan untuk membawa mereka keluar dari kolej.

Difahamkan melalui video itu, mereka terkandas di kolej kediaman apabila ingin menunaikan solat Jumaat kerana tiada pengakutan yang boleh membawa mereka ke masjid.

Lebih menguji kesabaran pelajar-pelajar yang terkandas itu, bas yang sedia ada tidak dapat membawa mereka kerana ia merupakan arahan dari pihak atasan.

komen tiktok

Bagaimanapun, pelajar yang terkandas itu tidak menunding jari terhadap pemandu bas terbabit kerana faham dia hanya menurut arahan dan pemandu itu juga sempat memberitahu mereka bimbang jika naik bas tersebut, tiada yang akan dapat menghantar mereka semula ke kolej.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Rosa Sera
2 years ago

Isteri Shuk Dakwa Ramai Puji Wajah Iras Tang Mo, Netizen Kata 'Ni Tang Mano'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...