“Saya Tak Berniat Ejek Mana-Mana Agama” – Kel Wen Jawab Isu Fesyen Songkok Bersampin Separuh Bogel

Fesyen

“Saya Tak Berniat Ejek Mana-Mana Agama” – Kel Wen Jawab Isu Fesyen Songkok Bersampin Separuh Bogel

Sebelum ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh Eh! Malaysia yang memaparkan peragaan beberapa busana hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal ketika acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah rekaan dari pereka fesyen Khai Kel Wen dari Behati yang diinspirasikan daripada gaya ‘Peranakan’ telah menimbulkan perdebatan orang ramai.

Advertisement

Menerusi video tersebut, beberapa koleksi terbaru dari jenama itu telah menggunakan pakaian tradisional dan diubah suai menjadi lebih ‘trendy‘ sekaligus mencetus rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mendakwa rekaan itu seakan cuba mempersendakan agama Islam.

I will never understand fashion, songkok dengan skirt? wth – Netizen.

till this day I tak faham concept BEHATI, macam mangsa fashion pun ada,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

@ehmalaysia

Koleksi BEHATI di KL Fashion Week tahun ini mengambil inspirasi daripada gaya ‘Peranakan’ #ehmalaysia #behati

? original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Tampil menjawab tuduhan netizen, Kel Wen menerusi hantaran di laman Instagram miliknya menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk mengejek mana-mana agama.

Islam sangat indah dan saya membesar dalam kalangan Muslim di Malaysia telah mempengaruhi seni dan gaya saya.

Tambahnya lagi, pengguna media sosial sepatutnya harus membuat penyelidikan sendiri terlebih dahulu tentang fesyen sebelum berkata-kata.

Dalam pada itu, Kel Wen turut berkongsi sejarah permulaan songkok dalam komuniti Melayu, selepas dibawa oleh Muslim India ke Asia Tenggara sektar abad ke-19.

Orang Melayu dulu hanya memakai kain sarung dan tidak berbaju. Songkok dan seluar pendek tidak menjadi isu pada tahun 1941.

Jelasnya, songkok merupakan aksesori kepala dan bukan secara keseluruhan dipakai untuk tujuan solat. Di Malaysia, ia menjadi rumit apabila bangsa berlainan memakai songkok untuk tujuan berbeza.

Ia akan menjadi tidak sopan jika memakai songkok dengan bersampin sahaja untuk sembahyang, tapi secara jelas saya memakainya di pentas runway.

Saya bukan Muslim, tapi saya pakai songkok menunjukkan bahawa saya menerima dan belajar tentang agama Islam dalam kehidupan saya. Kalau anda tak boleh terima, itu bermaksud anda rasis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tang Mana Fesyen Pun Tak Tahu" - Netizen Kecewa Tengok 'Design' Baju Tradisional Makin Mengarut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...