Gandingan pelakon Mira Filzah dan Remy Ishak menerusi beberapa drama mencetuskan fenomena. Keserasian mereka membuatkan ramai peminat yang ingin melihat mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta di luar kamera.
Bagaimanapun, Mira menjelaskan beliau dan Remy tidak pernah mempunyai hubungan istimewa. Sudah tiba masa untuk orang ramai di luar sana berhenti mengaitkan mereka berdua.
Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy. Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama.
Dalam pada itu, Mira mengakui lelaki berusia adalah pilihan utamanya dalam mencari cinta dan mempunyai didikan agama yang baik agar boleh membimbingnya.
Saya memang suka lelaki yang lebih berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki yang sebaya. Dalam mana-mana hubungan kita perlukan seseorang yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama yang boleh membimbing saya.
Terdahulu, ada pihak yang menuduh Mira sebagai punca Remy putus tunang dan mendakwa pelakon lelaki itu kini sedang angau dengan Mira. Namun, Remy membidas tuduhan melampau tersebut dan menegaskan mereka hanya sekadar rakan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.