Saya Tahu Batas Saya Dengan Remy Ishak – Mira Filzah

Hiburan

Saya Tahu Batas Saya Dengan Remy Ishak – Mira Filzah

Gandingan pelakon Mira Filzah dan Remy Ishak menerusi beberapa drama mencetuskan fenomena. Keserasian mereka membuatkan ramai peminat yang ingin melihat mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta di luar kamera.

Advertisement

Bagaimanapun, Mira menjelaskan beliau dan Remy tidak pernah mempunyai hubungan istimewa. Sudah tiba masa untuk orang ramai di luar sana berhenti mengaitkan mereka berdua.

Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy. Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama.

Dalam pada itu, Mira mengakui lelaki berusia adalah pilihan utamanya dalam mencari cinta dan mempunyai didikan agama yang baik agar boleh membimbingnya.

Saya memang suka lelaki yang lebih berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki yang sebaya. Dalam mana-mana hubungan kita perlukan seseorang yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama yang boleh membimbing saya.

Terdahulu, ada pihak  yang menuduh Mira sebagai punca Remy putus tunang dan mendakwa pelakon lelaki itu kini sedang angau dengan Mira. Namun, Remy membidas tuduhan melampau tersebut dan menegaskan mereka  hanya sekadar rakan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...