Pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari antara yang paling menjadi perhatian di Instagram. Entah kenapa, banyak pula netizen akan memberikan respon dengan mengkritik setiap sahaja perkara yang mereka lakukan.
Minggu lalu, gaya pakaian Scha yang memakai inner warna kulit teruk juga dikecam kerana agak jarang dan dianggap seksi.
Namun, Scha memberitahu beliau tidak akan melenting dengan perkara itu kerana ia bergantung kepada pandangan masing-masing. Sejujurnya beliau tidak pernah terkesan pun dengan apa yang dikatakan oleh netizen.
Fitnah itu datang daripada pandangan dan fikiran masing-masing walaupun mereka sendiri sedia maklum ada inner. Alhamdulillah, setakat ini, saya memang susah nak terkesan dengan komen-komen yang dilemparkan netizen kepada saya. Setakat ini masih lagi okey.
Agak kental juga ya hati dan pemikiran Scha, meskipun hampir setiap saat ada sahaja mata memerhati dan mencari kesalahannya, beliau tetap boleh relaks. Nampaknya artis lain kena tuntut ilmu kalis kecaman dengan Scha. Heh..