Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nama Masakan Didakwa Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Tiada Niat Persenda Kematian

Bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri mengundang kecaman orang ramai gara-gara memuat naik video masakan menggunakan tajuk yang tidak bersesuaian. Netizen berpendapat tindakan pengacara dan personaliti TV itu akan mengguris hati ahli keluarga mangsa.

Advertisement

Ketika dihubungi Harian Metro, Maria Tunku Sabri menjelaskan dia menggunakan Instagram untuk berkongsi resepi dan berita terkini kepada pengikut. Katanya lagi, dia tiada niat untuk mempersendakan mangsa pembunuhan yang berlaku baru-baru ini.

Semalam, saya pun tak tahu yang hantaran saya itu tular. Namun, saya tak mahu melatah, jadi saya biarkan saja.

Selain berkongsi resipi di Instagram, saya juga berkongsi berita terkini yang berlaku ketika itu. Kebetulan, ketika saya muat naik hantaran itu, berita yang ada adalah mengenai isteri yang dipercayai dibunuh suaminya.

Menurutnya lagi, pengikutnya lamanya di Instagram sedia maklum mengenai sikapnya yang suka bergurau.

Kalau pengikut saya yang sudah lama mengikuti saya di Instagram, tentu mereka sedia maklum yang saya suka bergurau.

Namun, saya tegaskan di bahagian bawah kapsyen dalam hantaran itu saya tidak tujukan kepada sesiapa, sebaliknya berkongsi nasihat secara umum.

Berikutan video tersebut, Maria mengaku menerima pelbagai cemuhan daripada netizen. Ada yang sanggup menggunakan akaun palsu semata-mata untuk menulis komen negatif dan kasar.

Dia walau bagaimanapun menghantar pesanan mesej mendoakan agar mereka diberikan kesejahteraan dalam hidup. Dia juga telah bertindak menyekat akaun-akaun tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. atuk

    March 11, 2021 at 12:48 pm

    bak kata P Ramlee …’dah tua pun bodoh’

  2. IKAN SEPAT

    March 11, 2021 at 11:14 am

    KAK OHHH KAK DARI SIBUK TOPIK KAN HAL ORANG… TAKDE SIFAT SENSITIF ATAS KESEDIHAN ORANG… APA KATA KAK AJE BUKAK TOPIC PASAL RAMBUT KAK YG DAH PETAK PETAK TINGGAL BEBERAPER HELAI TU….

  3. tecit

    March 10, 2021 at 3:16 pm

    aku rase aku faham ape maksud maria ni. die nk buat segmen mcm 1 topik semasa dlm setiap masakan die sharing. mungkin die xperlu buat nama masakan tu as topik. but mgkin die boleh buat sharing topik dulu. then sambung masak2. maybe its fine then.

  4. hape la

    March 10, 2021 at 2:25 pm

    kau punye gurau tu org tak suke. nyampah. org kaya bile ada duit knp nk buat sikap annoying. byk lg la tajuk ko blh letak kt masakan ko! bile org tegur ckp saya ade alasan saya sndri. sape peminat ko ni yg trime gurau ko ni??bgtau sikit!

    • Roti

      March 10, 2021 at 10:39 pm

      Rambut dah tak ada tu pakai tudung lagi baik ?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top