“Saya Still Okay” – Netizen Tak Sokong Karier Ali Puteh Sebab Isu Lama Dengan Bekas Kakak Ipar

Hiburan

“Saya Still Okay” – Netizen Tak Sokong Karier Ali Puteh Sebab Isu Lama Dengan Bekas Kakak Ipar

Jika sebelum ini terpalit dengan konflik bersama bekas kakak ipar, Ali Puteh kali ini menyatakan bahawa ada segelintir netizen yang masih tidak berpuas hati dan enggan memberi sokongan terhadap persembahan yang dilakukan berikutan isu tersebut.

Memetik laporan mStar, Ali atau nama sebenarnya Ali Syed Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, menerangkan bahawa sehingga sekarang dia masih diserang oleh warganet kerana perihal antara dirinya dan balu Abam iaitu Nor Hidayah.

Advertisement

Tambahnya lagi, ramai yang masih tidak boleh melupakan perkara berkenaan sehingga sedikit sebanyak menjejaskan kariernya sebagai seorang pelawak.

Ada yang masih terbawa-bawa sehingga ramai yang tidak mahu tengok saya serta biarkan saja dan anggap tak kelakar.”

Ali turut memberitahu bahawa ada penonton yang berasa kurang senang dengan penyertaannya di dalam sebuah program lawak yang disiarkan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Ali tidak mengendahkan pandangan masyarakat terhadapnya dan hanya mengambil positif tentang kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Saya tidak boleh memaksa mereka untuk suka saya dan tidak juga boleh paksa untuk benci tetapi saya tetap ambil yang positif.”

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu.."- Ali Puteh Nafi Jual Ayam Untuk Bayar Ganti Rugi Kes Saman Fitnah Kepada Hidayah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...