Pernah mengejutkan orang ramai dengan pendedahan beliau mengalami depresi dan akhirnya dikecam kerana didakwa ia adalah gimik semata-mata, penyanyi Haqiem Rusli yang mengakui dirinya tertekan sehingga perlu mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri memberitahu beliau kini semakin pulih.
Menerusi akaun Twitternya, Haqiem turut memberitahu keadaannya jauh lebih baik berbanding dahulu bukan sahaja dari segi sikapnya tetapi pembawaan beliau sebagai seorang artis selain berkaitan dengan muzik.
Sedaya upaya cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik setiap hari, Haqiem kini lebih gembira apabila perubahan beliau itu turut membuat peminatnya tersenyum.
Baguslah kalau Haqiem sudah beransur pulih, harapnya apa yang berlaku sebelum ini membuatkan beliau menjadi seorang yang lebih matang dan artis yang berkualiti. Teruskan semangat untuk menjadi insan yang lebih baik.