Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat – Haqiem Rusli

Hiburan

Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat – Haqiem Rusli

Sering terpalit dengan kontroversi panas dan pelbagai cerita mengenai sikapnya, sesetengah pihak melabelkan penyanyi Haqiem Rusli seorang artis yang bermasalah.

Advertisement

Lebih positif sekarang, pesanan terbaru Haqiem untuk peminatnya yang dimuat naik di akaun Instagram mendapat perhatian ramai. Haqiem mengingatkan peminatnya untuk tidak lalai dan menjadikan konsert serta lagunya sebagai alasan untuk tidak menunaikan solat.

Menurut Haqiem, beliau bimbang disoal di akhirat kelak mengenai perkara itu. Niatnya menceburi bidang muzik kerana ingin mencari rezeki yang halal untuk membantu ibu bapanya.

Pesanannya itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji Haqiem tidak melupakan tanggungjawab  ibadah paling wajib itu dan mengajak peminatnya kepada kebaikan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Taufiq Nadzri & Neonate Clothing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...