“Saya Rasa Jijik!” – Ubah Fikiran, Afdlin Shauki Setuju Kelab Komedi Ditutup

Hiburan

“Saya Rasa Jijik!” – Ubah Fikiran, Afdlin Shauki Setuju Kelab Komedi Ditutup

Sedia maklum, pelawak Afdlin Shauki beberapa hari yang lalu telah dikecam oleh netizen kerana tidak bersetuju kelab komedi yang kini menjadi bualan orang ramai ditutup buat sementara waktu.

Namun, melalui hantaran terbaru yang dilakukan oleh Afdlin di Instagram, beliau seperti sudah tukar fikiran dengan bersetuju untuk menutup kelab komedi kerana tidak mahu pentas tersebut menjadi tempat menghina agama Islam.

Advertisement

Disebabkan itu, dia dengan sekerasnya bersetuju untuk tidak menyokong lagi Crackhouse Comedy Club.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!

Menurutnya lagi, sebelum ini dia cuba untuk mempertahankan kelab komedi berkenaan kerana enggan menutup periuk nasi pelawak-pelawak yang berkualiti serta tidak menghina mana-mana pihak ataupun agama.

Dalam pada itu, Afdlin cuba memberi cadangan agar pelawak-pelawak yang sering membuat stand-up comedy di pentas tersebut untuk mencari alternatif lain buat masa ini.

Tambahannya lagi, pelawak veteran itu turut mendoakan agar pelawak-pelawak yang terkesan mempunyai rezeki di tempat lain dan bertegas agar kelab komedi itu tidak dibuka semula.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saya Tak Menyokong Penghina Islam!" - Afdlin Shauki Dikecam Netizen Kerana Pertahankan Penganjur Kelab Komedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...