“Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia, Lebih Dihargai Di Australia” – Nur Sajat

Hiburan

“Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia, Lebih Dihargai Di Australia” – Nur Sajat

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengakui bahawa dia merupakan transgender dan membuat keputusan meninggalkan Malaysia atas sebab merasakan dirinya terancam.

Sajat
2 years ago

Dapat Liputan The New York Times, Sajjad Dedah Ditendang Dan Diraba Oleh Pegawai Agama Ketika Ditahan

Advertisement

Menurut Nur Sajat, sebelum ini dia mengalami masalah kemurungan yang amat teruk sehingga ia menjejaskan kesihatan dirinya dan mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kelahirannya ini.

Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan yang berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Saya sampai jadi murung, terpaksa mengambil ubat dan mendapatkan rawatan serta terapi mental.

Ketika menghadiri sesi temu ramah bersama Harith Iskandar dalam program What’s Going On Malaysia semalam, Sajat beberapa kali memberitahu dia adalah transgender dan berkata dia kini dapat apa yang dia mahukan di Australia.

Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai. Saya juga diberi ruang untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris menerusi kelas.

Sajat dan Harith Iskandar

Dalam pada masa yang sama, Sajat turut tidak dapat menyorokkan rasa sedihnya di dalam sesi temu ramah itu kerana terpaksa berjauhan dari anak-anaknya.

Terdahulu, Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan itu dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...