Saya Rasa Bersalah Selagi Isu Tidak Selesai – Fattah Amin Nafi Tipu Duit Stokis, Rakan Kongsi Lari

Hiburan

Saya Rasa Bersalah Selagi Isu Tidak Selesai – Fattah Amin Nafi Tipu Duit Stokis, Rakan Kongsi Lari

Sebelum ini, timbul dakwaan pelakon popular Fattah Amin seakan menipu duit peminat apabila salah seorang agen produk MRP Sup DIET & Berrytox yang diusahakan oleh beliau dibawah syarikat miliknya, MRP International Sdn Bhd mengeluh, produk mereka tidak dapat dijual gara-gara Fattah tidak lagi aktif mempromosikan produk makanan kesihatan itu.

Advertisement

Pelbagai spekulasi mula tercetus, siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah? Hari ini, Fattah menerusi satu sidang media khas menjelaskan beliau sama sekali tidak terlibat berhubung kes penipuan tentang produk tersebut.

Kata Fattah, kira-kira 80 stokis yang menjual produk kesihatan itu sebenarnya ditipu oleh rakan kongsinya yang kini sudah melarikan diri. Fattah dihimpit dengan rasa bersalah teramat sangat namun beliau gagal untuk menghubungi rakannya itu yang bertanggungjawab terhadap operasi MPR International Sdn Bhd.

Saya rasa bersalah, ralat dan tidak dapat tidur selaga isu ini tidak dapat diselesaikan. Apabila saya mendapat tahu perkara ini hujung tahun lepas, saya cuba hubungi rakan kongsi saya bagi mendapatkan penjelasan, tapi usaha itu gagal. Jadi dalam isu ini, saya seorang selebriti saya yang terkena tempias dan semua orang akan cari saya.

Difahamkan, Fattah sudah membuat laporan polis pada 8 Mac lalu di Balai Polis Dang Wangi. Tindakan itu adalah bertujuan untuk membersihkan nama dan imej beliau sebagai seorang selebriti. Fattah sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan rakan kongsinya itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...