“Saya Pun Ditengking..” – Hanya Sebab Botol Air, Anak OKU Meraung ‘Diserang’ Bapa Murid Kelas Lain

Kehidupan

“Saya Pun Ditengking..” – Hanya Sebab Botol Air, Anak OKU Meraung ‘Diserang’ Bapa Murid Kelas Lain

Untuk membesarkan anak itu bukanlah satu perkara yang mudah, tambah pula anak istimewa. Ia sememangnya satu dugaan yang sangat sukar buat ibu bapa.

Bukan sahaja perlu memupuk sikap sabar ketika menjaga anak-anak, malah mereka juga perlu menghadapi masyarakat sekeliling yang seringkali tidak memahami keadaan yang dihadapi ibu bapa ini.

Advertisement

Baru-baru ini, viral satu video di platform TikTok memaparkan seorang murid kelainan upaya sedang meraung kerana dimarahi oleh bapa pelajar kelas lain.

Di dalam video yang dimuat naik, murid berkenaan sedang ditenangkan oleh seorang gurunya.

Pemilik video berkenaan yang juga merupakan ibu kepada murid istimewa itu memberitahu telah berlakunya salah faham sehinggakan bapa budak kelas lain memarahi dirinya.

Difahamkan, lelaki yang merupakan bapa kepada pelajar kelas lain memarahi kanak-kanak OKU itu atas sebab berebut botol air dengan anaknya.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen bersimpati atas apa yang berlaku ke atas anak istimewa itu dan berharap agar mereka terus kuat lalui dugaan yang dihadapi.

telekung
6 bulan lalu

(VIDEO) "Harga Bukan Ukuran" - Netizen Kecam 'Founder' Pakai Telekung Cecah RM16K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...