Saya Pakai Inner Warna Kulit, Takkanlah Nak Tayang Dada – Bella Dally

Hiburan

Saya Pakai Inner Warna Kulit, Takkanlah Nak Tayang Dada – Bella Dally

Pelakon jelita, Bella Dally antara selebriti berhijab yang cukup pandai sekali mengenakan fesyen terkini yang minimalis tetapi tetap nampak anggun dan bergaya. Sejak bercerai, apa yang beliau lakukan sering mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Baru-baru ini, Bella ada memuat naik foto beliau berada di sebuah restoran sambil menikmati makan malam. Namun, rata-rata netizen mempersoalkan pakaian yang digayakan oleh Bella sehingga mendedahkan bahagian dadanya.

Tidak mahu ambil pusing dengan sebarang komen dan kritikan, Bella bagaimanapun ingin menjelaskan beliau tidak akan sesekali mendedahkan auratnya dan memberitahu sebenarnya beliau memakai ‘inner’ warna kulit.

Takkan saya tidak ambil berat dengan apa yang saya pakai. Saya memang memakai baju dalam warna kulit untuk memadankannya dengan gaun kimono yang saya pakai di bahagian luar. Apabila melihat komen yang terlalu cepat jatuh hukum, memang sangat melucukan bagi saya. Tapi biarlah mereka berkata apa bukannya saya boleh halang pun hal itu.

Saya ok saja dengan semua komen yang diberikan. Tapi saya harus berkata sesuatu juga demi mengelakkan orang bersalah sangka.

Terdahulu, apabila foto itu tersebar, ramai juga menasihati Bella untuk memakai tudung yang lebih labuh supaya tidak mengundang sebarang fitnah. Harapnya selepas ini beliau akan lebih berhat-hati dalam berpakaian.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...