Saya Minta Maaf, Terlalu Ghairah Mengekalkan Identiti Diri – Haqiem Rusli

Hiburan

Saya Minta Maaf, Terlalu Ghairah Mengekalkan Identiti Diri – Haqiem Rusli

Dikecam kerana memakai cermin mata hitam dan AirPods ketika menyertai program ziarah amal baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli mengakui kesilapannya yang terlalu ghairah ingin mengekalkan identiti diri sehingga tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Advertisement

Haqiem tampil  meminta maaf secara terbuka dan pada masa yang sama memberitahu beliau mahu berehat sebentar daripada Twitter.

Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada. Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon, tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu.

Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai. Akaun laman sosial itu masih wujud, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.

Tindakan Haqiem memakai cermin mata itu mengundang pelbagai kritikan termasuk melabelkan beliau sebagai seorang yang berlagak, tidak pandai bawa diri, tidak beradab dan menghormati golongan asnaf yang dilawati.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...