Dikecam kerana memakai cermin mata hitam dan AirPods ketika menyertai program ziarah amal baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli mengakui kesilapannya yang terlalu ghairah ingin mengekalkan identiti diri sehingga tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.
Haqiem tampil meminta maaf secara terbuka dan pada masa yang sama memberitahu beliau mahu berehat sebentar daripada Twitter.
Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada. Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon, tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu.
Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai. Akaun laman sosial itu masih wujud, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.