April 8th, 2019

Kontroversi pelakon Nur Fazura yang didakwa membuat keputusan sendiri mengenai gandingan bersama Fattah Amin di FFM 30 nampaknya masih belum ada kesudahannya.

Datuk Hans Isaac sebelum ini berkata beliau enggan memberikan komen lagi mengenai isu tersebut. Namun, Fazura dalam kenyataan terbaru meminta agar Hans mendedahkan kepada umum butiran kiriman mesej yang didakwa menuduh beliau bersikap tidak profesional serta tidak menghormati artis lain.

Apabila saya menerima mesej daripada Hans, saya merujuknya kepada pihak pengurusan, Universal Music. Mesej yang dihantar Hans, menuduh saya tidak bersikap profesional kerana mengenakan syarat meminta Fattah untuk naik bersama ke pentas.

Sekali lagi, saya sekadar memenuhi permintaan pihak produksi, iaitu Astro. Saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai trofi dengan mengikut arahan yang diberi demi kelancaran majlis.

Sehubungan itu, saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej yang ditujukan buat ‘kawan’ itu supaya orang ramai dapat membuat penilaian sendiri berhubung isu ini.

Terdahulu, Hans menjelaskan beliau hanya bertanya secara baik dengan Fazura kerana keliru sepatutnya penyampai anugerah semuanya terdiri daripada barisan pemenang FFM yang lalu. Kata Hans, mesej itu bersifat peribadi antaranya dan Fazura yang sudah dikenali selama 16 tahun dan beliau tidak pernah membongkarkan perbualan mereka itu kepada mana-mana pihak.

Sumber Berita : BH ONLINE


68 responses to “Saya Minta Hans Kongsikan Kepada Umum Kandungan Mesej ‘Friendly’ Itu – Fazura”

  1. Anonymous says:

    Its okay..dugaan kecik je…We all love Faz…ada lbh kurang berpuluh je haters di dlm BN..tapi luar sana..berjuta peminat u …dont worry..semoga terus bersyukur dan berserah pada Allah ya. Terus berbakti pada ibubapa dan keluarga. Ujian Allah ada manisnya selepas ini Insha Allah.

  2. nina says:

    desas desus mengatakan neng yatimah yg taip msg whatsap tu,bukan hans…

  3. Anonymous says:

    rasa diva sgt

  4. Mana2 je says:

    Kita org still Suka u fazura,semoga sihat bahagia selalu.

  5. Anonymous says:

    To all of u in here,by rite fazura and Fattah ta kacau pon kehidupan orang,habis si hans ni pon satu mengaku je lah yg empunya sendiri hantar watsab,if it happens to u adakah u all diam diri mungkin jadi cacing kepanasan juga kot,reveal and say sorry,finish,of cos fazura na clear up her names actually dua laki bini ni ta kacau org ,org yg bnyk cembure kat mereka niya lah hans ni pon satu masih berbaki simpan jeles da kat fatta ya kan dulunya neelofa tu sikit lagi dilamar ole fatta so dari sini la dia na show kan berang dia tapi ludah kena pipi sendiri.anyhow go for ur right fazura,all the best

    • Miscomunication says:

      Memang panas but will reply to hans personally sepanas-panasnya. No need media. He was just confuse.. put your self in his place now.. awak one of the AJK and then this thing happen.. would u just stay quiet?

    • Anonymous says:

      Hans mengaku kan yg dia whatsapp fazura?? Cuma dia terkejut je kenapa fazura sampai nk bgtau pihak media. Whatsapp personal kot bkn whatsapp group. Kalau dia tak suka, bls whatsapp hans terangkan semua bnde tunjuk bukti. Ni tak, pergi bgtau media. Mcm budak kecik kne sound ngadu dgn mak. Kau dah tua tau fazura. Kata kak long. Mana ada kak long cpt sentap pstu terus melatah

Loading...