Saya Menyanyi Sambil Duduk Sebab Tidak Mahu Membelakangkan Hos – Misha Omar

Hiburan

Saya Menyanyi Sambil Duduk Sebab Tidak Mahu Membelakangkan Hos – Misha Omar

Tahap penyanyi berbakat dan ‘legend’ seperti Misha Omar ini sejujurnya memang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis baru dan popular sekarang. Bayangkan, Misha masih boleh menyanyi dengan begitu hebat sekali walaupun secara duduk di rancangan hiburan MeleTOP semalam.

Advertisement

Rata-rata netizen begitu terpukau dengan nyanyian Misha dan memuji betapa ‘versatile’nya beliau. Lontaran vokal Misha memang cukup padu dan meremang bulu roma dibuatnya.

Menerusi portal Harian Metro, Misha tidak sangka aksinya itu akan menjadi viral. Menurut Misha, beliau menyanyi sambil duduk kerana tidak mahu membelakangkan hos program tersebut iaitu Neelofa dan Nabil.

Saya memang nak menyanyi berdiri, tetapi menyedari Lofa dan Nabil duduk di situ, saya berasakan tidak manis jika membelakangkan mereka. Jadi, dalam segan saya duduk juga sambil menyanyi. Tidak menjangka pula perkara ini menjadi bualan peminat di Instagram dan Twitter. Malu saya dibuatnya.

Kami sendiri memang terpukau dengan persembahan Misha semalam, inilah artis yang betul-betul berbakat, tidak perlu susah-susah hendak menari ataupun terlalu ‘try hard’ untuk menarik perhatian ramai.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube MeleTOP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...