Saya Menangis Setiap Malam Kerana Terlalu Bodoh Ikut Cakap Pihak Produksi – Afifah Nasir

Hiburan

Saya Menangis Setiap Malam Kerana Terlalu Bodoh Ikut Cakap Pihak Produksi – Afifah Nasir

Di dalam sidang medianya hari ini, Afifah Nasir memaklumkan apa yang dilakukan olehnya bersama Aliff Aziz adalah semata-mata mengikut arahan daripada pihak produksi. Sebelum ini Afifah juga telah memberitahu pemergiannya ke pusat karaoke tersebut adalah atas urusan produksi. Namun pihak produksi telah tampil menafikan dakwaan Afifah Nasir tersebut dan memaklumkan perjumpaan tersebut adalah urusan peribadi kedua-dua pelakon tersebut serta enggan masuk campur.

afifah nasir

Advertisement

Sekali lagi hari ini menerusi sidang media, Afifah menegaskan dia tidak pernah mahu menggatal dengan Aliff Aziz  atau cuba merosakkan rumah tangga Aliff kerana apa yang dilakukan adalah atas arahan pihak produksi. Terang Afifah Nasir panjang lebar:-

Saya terkilan dan berasa dianiaya kerana mengikut arahan produksi yang mahukan saya melayan kerenah Aliff serta menjaga perasaannya hanya kerana mahu penggambaran berjalan lancar.

Semuanya kerana Aliff tidak datang ke lokasi penggambaran selama lapan hari, selain lambat hadir ke set selepas hari raya lalu. Justeru, pihak produksi mencadangkan saya memujuk Aliff supaya dapat memberi kerjasama melunaskan baki penggambaran.

Ikut jadual, penggambaran sepatutnya diadakan selama sebulan tetapi dengan masalah disiplin Aliff, ia berlarutan menjadi lebih dua bulan.

Bagaimanapun saya tidak mahu kerana ingin pulang ke rumah sendiri. Kenapa Aliff yang datang lambat dan menimbulkan masalah hingga pelakon lain terpaksa menunggu pula perlu tinggal di inap desa?

Saya menangis setiap malam bukan kerana dikecam netizen, tetapi disebabkan berasa terlalu bodoh mengikut cakap produksi.

afifah nasir

Nampaknya selain daripada Aliff Aziz dan Bella Astillah, pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu juga perlu mengadakan sidang media untuk menjelaskan dakwaan Afifah Nasir ini. Jika benar apa yang dilakukan oleh Afifah adalah atas arahan pihak produksi, ia sesuatu yang perlu diperbincangkan kerana ia sudah tentu bukan di dalam skop kerja seorang pelakon. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak produksi pula. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...