Saya Menangis Sebab Terasa Hati Dengan Aliff Syukri, Bukan Gimik- Nur Sajat

Hiburan

Saya Menangis Sebab Terasa Hati Dengan Aliff Syukri, Bukan Gimik- Nur Sajat

Usahawan kosmetik Nur Sajat menafikan video beliau sentap dan menangis kerana dimarahi Datuk Seri Aliff Syukri hanya gimik semata-mata  seperti yang dituduh oleh netizen tetapi  insiden itu benar-benar mengguris hatinya sebagai seorang wanita.

Advertisement

Sajat menganggap Aliff langsung tidak menghargai pengorbanannya yang sanggup meninggalkan urusan perniagaan beliau dan menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol dan Turki.

Bagaimanapun, Aliff ada memohon maaf kepada Sajat atas apa yang berlaku dan isu tersebut sudah pun selesai.

Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi. Saya menangis sebab rasa macam pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaraan di Sepanyol tidak dihargai.

Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada hubungi saya untuk berbincang perkara tersebut. Semuanya dah selesai dengan baik. Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.

Terdahulu, keadaan menjadi tegang apabila Aliff telah membuatkan Sajat merasa sedih dan malu dihadapan semua kru penggambaran kerana memarahi Sajat tidak pandai menari. Namun, netizen menganggap ia cuma satu lakonan ataupun gimik untuk menaikkan lagi populariti lagu duet mereka dan Aliff mahu meniru teknik viral seperti Nabila Razali untuk lagu Pematah Hati.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...