Selasa lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa bimbangnya apabial isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan serius disebabkan oleh tekanan dan berisiko kepada kandungannya.
Ramai juga yang terkejut apabila Aliff mengumumkan isterinya sedang hamil anak kembar. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Shahida di akaun Instagramnya, beliau memberitahu seorang bayi mungkin keguguran dan seorang lagi bayi masih dalam pemantaun doktor.
Shahida meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya dan bayi didalam kandungan.
Kami juga mendoakan segala urusan Shahida dipermudahkan dan semoga kandunganya selamat.