Saya Masih Waras Dan Bukan Mahu Raih Perhatian – Iqram Dinzly

Hiburan

Saya Masih Waras Dan Bukan Mahu Raih Perhatian – Iqram Dinzly

Perlakuan aneh Iqram Dinzly terutama sekali semasa beliau selfie di pusara arwah bapanya mengundang kritikan dan ramai yang mengatakan aktor tersebut sudah tidak waras dan mengambil barang terlarang.

Advertisement

Eksklusif menerusi ruangan Raja Mawar di Bipop Berita Harian, Iqram buat pertama kalinya membicarakan segala persoalan mengenai dirinya di media. Iqram memberitahu, beliau masih lagi waras dan tidak pernah berniat mahu meraih perhatian seperti yang didakwa sesetengah pihak, beliau cuma sengaja membiarkan orang ramai berteka-teki dan melihat penerimaan mereka.

Saya masih lagi waras. Saya tahu ramai yang melemparkan fitnah tetapi tidak mengapa. Mereka mungkin tidak mengenali saya luar dan dalam. Saya minta maaf jika membuat orang tertanya-tanya. Saya bukan mahu meraih perhatian umum, sebaliknya cuma ingin melihat, sejauh mana penerimaan orang ramai. Apakah mereka akan menerima saya seadanya atau sebaliknya? Saya hidup berlandaskan kejujuran, tidak perlu berpura-pura.

Mengenai gambar di pusara arwah bapanya, Iqram memberitahu tiada siapa memahami kesedihan di dalam hatinya dan kerinduaan terhadap arwah bapanya.

Saya menangis tiada siapa yang tahu. Saya dikatakan gila dan tiada adab apabila bergambar sambil berbaring di pusara arwah abah. Saya terlalu merinduinya. Kehilangannya begitu dirasai kerana selama hampir tiga setengah bulan saya menjaganya. Saya tidak pernah meninggalkannya sejak arwah terkena serangan angin ahmar pada Ramadhan lalu.

Bila manusia berkelakuan pelik janganlah kita mengatakan mereka tidak waras dan sebagainya. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan kesedihan di dalam jiwa mereka. Kata-kata negatif boleh menambah penderitaan jiwa.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...