August 1st, 2020

Mula berhijab sejak Februari lalu, pelakon Zila Bakarin mengakui kehidupannya kini agak berbeza namun dia menegaskan dirinya sama seperti yang ramai kenali dulu.

Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin,45, ini berkata dia kini berfikiran positif kerana berhijab dan menutup aurat dalam kalangan wanita adalah merupakan tuntutan agama.

“Memang ada perbezaan yang ketara sangat tapi saya tetap Zila Bakarin yang sama. Saya ambil inisiatif yang sangat positif sebab berhijab dan tutup aurat adalah sebahagian daripada kewajipan agama untuk kaum perempuan,”

View this post on Instagram

kawan lama yg lama tak jumpa.. kawan #nok kita wakkk…. tetap maintain suak rambut.. @kyollhamzah_director

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

 Menurutnya lagi, walaupun dia kini berubah dari segi penampilan, namun dia menganggap dirinya masih seorang yang sangat peramah. Namun yang membezakan dirinya kini dengan dulu adalah dia kini lebih teliti dalam menjaga batas pergaulan terutama dengan golongan bukan mahram.

Zila turut mengakui dirinya kini sedang berusaha untuk menjaga batas pergaulan dan perbuatan dalam kehidupan seharian.

“Kalau dekat set penggambaran dulu hidup saya bertepuk tampar dengan orang tu biasa saja.. bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la,”

Merasakan tidak manis buat dirinya untuk berkelakuan seperti itu memandangkan dia sudah berhijab, Zila berusaha untuk berubah dalam usaha untuk menjadi muslimah yang baik.

View this post on Instagram

SELAMAT HARI RAYA . @iamkaseh @chintaisme @azridop

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

 Zila yang sebelum ini ada meluahkan perasaan kesal kerana kurang menerima tawaran berlakon kerana sudah berhijab, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap itu adalah sebuah ujian baginya untuk terus istiqamah dalam perjalanan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Mungkin pihak produksi tak percaya bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak jahat. Sebenarnya boleh saja, tak ada masalah, tapi mereka takut netizen kritik. Tapi bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan terus istiqamah. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda itu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau marah,” – Zila Bakarin

Sumber: mStar Online


3 responses to ““Saya Masih Orang Yang Sama..”- Mahu Jadi Muslimah Yang Baik, Zila Bakarin Kini Mula Jaga Batas Pergaulan”

  1. BAGUS.. SEMOGA SELEPAS INI GAMBARMU YANG TANPA TUDUNG TERMASUK BERPAKAIAN SEKSI DAH BOLEH BUANG DAH..

  2. Anonymous says:

    Matang sekali pemikiran beliau

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...