Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 31 semalam, tiada apa lagi yang Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur atas segala kejayaan dan nikmat yang dikurniakan kepada beliau.
Tiada apa lagi yang Aliff mahukan selain berdoa beliau dapat bertemu penciptaNya dalam keadaan beriman dan bukan ketika dirinya terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia.
Saya selalu berdoa supaya saya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia. Alhamdulillah, pada usia 31 tahun, semua sudah saya kecapi. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah.
Dalam pada itu, Aliff menjelaskan tujuan beliau berkongsi setiap kejayaan beliau di media sosial termasuk rumah agamnya yang dibina atas tanah bernilai RM13 juta, dilengkapi 30 bilik serta barang kelengkapan rumah yang dibeli dari luar negara adalah untuk menjadi inspirasi buat mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan.
Kami pasti setiap orang mahukan pengakhiran yang baik dalam hidup mereka terutama sekali apabila kembali kepada Allah SWT satu hari nanti. Apa yang penting jangan berhenti berdoa.