Saya Mahu Dia ‘Move On’ Dengan Tenang – Nazim Othman Luah Perasaan Berkaitan Isu Cerai

Hiburan

Saya Mahu Dia ‘Move On’ Dengan Tenang – Nazim Othman Luah Perasaan Berkaitan Isu Cerai

Berita perceraian pasangan popular Nazim Othman dan Bella Dally yang diumumkan pada hari pertama Ramadhan nyata mengejutkan ramai pihak.  Siapa sangka, pasangan yang kelihatan harmoni ini sebenarnya menyimpan seribu satu rahsia dan perasaan yang tidak mampu diungkap disebalik senyuman yang terukir di wajah mereka.

Advertisement

Terbaru, Nazim menerusi  akaun Instagramnya sekali lagi meluahkan perasaan mengenai kisah cerai beliau bersama Bella.

Menurut Nazim, pada awalnya beliau ingin merahsiakan apa yang sudah berlaku, tetapi membuat keputusan untuk bercakap mengenainya kerana mahu Bella ‘move on’ dengan tenang dan mengejar segala impiannya.

Nazim dan Bella sah bergelar suami isteri pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata. Difahamkan, pasangan ini bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Buat masa ini berilah ruang kepada mereka untuk cuba merawat hati yang sedih dan mendoakan agar kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Bercerai bukannya mudah tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...