March 4th, 2019

Ya Allah hebatnya insan bernama Bella Astillah ini. Walaupun sudah 2 kali dicurangi, Bella masih mampu berfikir dengan tenang dan memaafkan mereka yang terlibat di dalam episod hitam terbaru dirinya. Memang ia adalah satu sifat terpuji dan harus dicontohi. Abang Nara tidak dapat membayangkan apa yang sedang dirasai oleh Bella. Betapa hancurnya hati selepas suami yang diberi peluang kedua sekali lagi menghancurkan hatinya. You are a very strong woman Bella. Respek sangat-sangat.

bella astillah

Menerusi akaun Instagramnya, Bella telah menulis panjang lebar tentang apa yang telah terjadi. Bella juga memohon diberi ruang untuk berfikir dan turut mengakui semua manusia ada membuat kesilapan. Tulis Bella:-

Assalammualaikum wbt.
Pertama sekali, berkenaan dengan semua yang berlaku Bella terima dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini,selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Setiap petunjuk yang kita minta kita harus terima dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Dari semasa ke semasa saya terima banyak dm daripada beri kata nasihat, sokongan, dorongan sehinggalah kecaman. Disini saya ingin terangkan, saya bkn secerdik dan sepintar rata rata manusia lain. Saya adalah diri saya. saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan.

Seandainya ada segelintir dan mana2 pihak yg mengatakan tentang pendapat mereka soal perkongsian saya berkenaan rumahtangga kelmarin adalah salah, mungkin pandangan setiap manusia lain2 termasuklah saya. Semoga ramai menjadikan ini sbg iktibar kerana ada wanita yang takut untuk bersuara. Segala yang baik kita perbaiki jadikan teladan malah yang tidak baik sebagai sempadan. Apa yang saya inginkan buat masa ini adalah ketenangan.

Saya ada bertanya dgn ustaz, sudah semestinya untuk tenang adalah mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain itu akan lebih tenang sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha utk mengubah diri berbanding mengubah orang lain. Saya maafkan yg terlibat sbb sy hanya ingin kejujuran. Saya lega bila mendapat tahu kebenaran dan berani bersemuka utk mengaku kesalahan dan meminta maaf. Mmg akan terasa pedih dan terluka.

Kita semua manusia penuh dgn kesilapan, sebagai manusia hanya maaf yg perlu diungkap tak susah. Drpd menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang terangan tetapi tidak mengaku, yg membuatkan saya kecewa dan marah sebab saya sahaja yg tahu kebenaran. Ramai yang meminta saya untuk post video, ada juga segelintir mengatakan saya fitnah. Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post tanpa bukti tapi setelah saya fikir adalah lebih baik saya tunjuk kpd keluarga dan yg terlibat sahaja.

Maaf yg tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini, tetapi setiap manusia ada pelbagai cara utk meluahkan, mengendalikan, kerana apa jua masalah, kita tak boleh ingin org jadi seperti diri kita mahupun jd diri org lain. Skrg saya perlukan masa dan ketenangan utk berbincang dgn ahli keluarga

bella astillah

Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan cara Bella Astillah menangani kontroversi ini kerana menganggap dia membuka aib suaminya, bagi Abang Nara ia adalah langkah yang tepat. Lagipun ini bukanlah kali pertama Aliff Aziz melakukan kesilapan yang sama. Apa pun semoga Bella diberi ketenangan dan mampu membuat keputusan yang terbaik. Cukup-cukuplah hati dilukai. Semoga ada sinar buat Bella.


80 responses to “Saya Maafkan Yang Terlibat Sebab Saya Hanya Ingin Kejujuran – Bella Astillah”

  1. bawang hangus says:

    sok2 dia buat la ceramah @ jd ikon @ pakar motivasi kekeluargaan…kawin pun baru setahun jagung dh nak ajar org…pasni lg byk job masuk bab org kesian…leh buat paid review…meletop trus cm janda uda…

    • anon says:

      kalau janda uda tu mmg bleh terima
      sebab laki dia kahwin senyap2
      dah si jering yg memulakan dulu
      ini ….dia nya duka lara , marah , share sana sini macam nak rak
      last2 buat pc ” AKU LAH ISTERI PALING MULIA ” muahakakakka
      semak wei !lama2 muak !

    • tipahhhh says:

      Janda uda tu lagi kena madu, kena buang xde pun mengadu domba sana sini. Cakap pun berlapik2 tapi semua orang terkesan n faham apa yg dia rasa.Satu malaya support dia even dia xbukak sikit pun aib laki dia. Itu baru real definition of strong woman. Cuba selamatkan rumah tangga sbb dia kenal laki dia, tutup aib suami walau laki peel hansuang tapi nak wat camna laki yg nak ceraikan,kawin janda sampai jandakan bini sendirik, helok je ha dia move on, orang pun respect sama dia, sbb tu rezeki dia murah. Kalau dia buat talk pun aku nak datang sbb respect how dia handle situasi. Bukan mcm bella ni, pung pang ping sana sini laki pujuk sikit senyap terus. Nak kejujuran katanya, padahal attention seeker. Acah2 wanita tabah.

  2. Done says:

    Memang satu malaya tau aliff ni playboy in and out. Dulu sblm khwin pun mcm2 skandal dan kontroversi. Bila dh kawin dgn dia, satu silap besar ingat dia akan jadi “malaikat”. Mmg kna sedia je menghadap siri-siri kecurangan seterusnya. Dah nk sgt khwin dgn boya, kena brani tadah perangai boya daratnya. Selagi dirinya takde kesedaran nk berubah dan perubahan dtg dari luaran (isteri) mmg lambat lg ler nk tgk dia stop semua tuh. Asal ader peluang akan dibuatnyer lg. Kwin pun baru 2-3 thun, ada 20 thun lagi sanggupkah nk hadap benda sama??

    • Anonymous says:

      Baiknya brlakon dlm citer yg dia brlakon..hrp2 muka mkcik bwg je semua. Tak perlu ada anak dara atau jnda muda…laki kau pntg tgik dahi licin.

      Mmg laki ko cinta dgn ko bella…tapi sejujurnya laki ko ” bukan dilamun cinta”.

      Ada beza tu.
      Kihkihkih..ini kenyataan tau..fakta

  3. Syarafina says:

    Woi, lain kali gaduh jgn up kat soc med lagi boleh tak?
    Sekarang dari kesian jadi meluat tau! Patut lah mak mertua ko sound ko aritu
    Seriously lah aku haramkan anak aku dari kenal ko Bella, tak nak jadi perempuan bodoh mcm ko
    Semua org ada masalah rumahtangga tapi diam2 je pegi pejabat agama, tau2 dh berbaik atau bercerai org tak tau pun isu apa

  4. bellabikinsemakJe says:

    Aku da agak da… Laki buat hal.. Pompuan dapat pujuk manja da lepas jimak ok balik la… Tu pun korang x tau ke? Lupa terus. Asal puas. Duit mana nak cari kalau laki x ada. Dapat duit dapat pujuk rayu lelaki cair la pompuan. Jenis x ada otak mmg macam tu. Mmg la x cerai. Tapi hidup la ngan buaya darat macam alip tu. Ktorg ok je. Cuma pasni x yah kecoh lagi la. Semak la weehh. Macam ko nak sgt kontrol si alip tu. Ko soranh je la suci dlm debu. Orang lain pun ada anak ada bini ada keluarga. X de la nak kecoh dlm socmed. Kecoh bawah selimut je lain kali woookkkeeyyyy!

  5. Rin says:

    Geli pulak aku tengok perempuan ni

Loading...