July 16th, 2020

Pelakon cantik manis, Mira Filzah mengesahkan di telah bergelar tunangan kepada seorang jejaka iaitu Wan Emir Astar yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Dia yang ditemui oleh Harian Metro Online ketika majlis pelancaran platform Digital Nurflix di Bukit Jelutong hari ini telah mendedahkan perkara itu.

“Status sekarang dah bertunang” – Mira Filzah

Namun, dia enggan mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pertunangan yang berlangsung sebelum ini. Mira juga tidak menafikan mengenai desas desus yang dia kini sibuk mempersiapkan diri untuk majlis perkahwinan yang dikatakan bakal berlangsung Oktober tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

Now with #HONORBand5, I can monitor my heart rate for 24 hours, know the number of steps I did, heart rate, oxygen saturation and much more! ? Give your loved one the gift of well being and stay fit together with HONOR Band 5 only at RM119 at HONOR official store, hihonor.com/my! ? . . @honormalaysia #HONORBand5

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau ditanya berapa peratus persiapan telah diadakan, saya tak dapat jawab kerana masih terlalu awal,”

Mira juga berkata dia akan memaklumkan kepada media sekiranya semua berjalan lancar dan sudah bersiap sedia memandangkan kerajaan  membenarkan jumlah tetamu untuk sesuatu majlis keramaian hanya 250 orang maksimum. Dia juga turut memaklumkan akan menyediakan tempat untuk rakan-rakan media untuk majlis tersebut kelak.

Mira yang kini sibuk mempersiapkan diri untuk menjalani penggambaran program terbaru sempena siaran Nurflix berjudul Mira Mira On The Wall sebelum ini telah digosipkan dengan tunangnya kini setelah adik Mira, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (Brother In Law) di laman instagram.


2 responses to ““Saya Kini Tunangan Orang” – Mira Filzah Dijangka Bernikah Pada Oktober Ini”

  1. Anonymous says:

    tak heran pun dia ni. sbb dah lama tau..nak rahsia sgt. dulu dgn artis ni la..artis tu la. lepas puas mainkn org…sudahnya dgn anak timbalan menteri. apa brg artis kan…target anak datuk la..baru sama level..sgt!

  2. Elliza Razak says:

    SEORANG LAGI BERTUNANG TANPA PENGETAHUAN AWAM.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...