May 16th, 2018

Teruk dikecam, dihina dan menerima pelbagai tomahan hampir enam bulan lamanya gara-gara kontroversi perkahwinannya bersama Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda tidak mahu memikirkan lagi isu tersebut dan dengan mulia hatinya sudah memaafkan netizen yang selama ini melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya.

Bersempena kedatangan Ramadan ini, saya maafkan semua orang yang selama ini menghina, mengecam dan melemparkan kata-kata negatif terhadap saya. Selepas ini saya tidak mahu lagi bercakap mengenai apa yang berlaku. Cukup-cukuplah.

Advertisement

Ibu selalu pesan, kalau kita memaafkan orang lain dalam pada diri kita susah untuk melakukan perkara itu, ketenangan dan kebahagiaan datang sendiri. Alhamdulillah, saya merasainya dan berasa sangat lega.

Izreen akui beliau sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang dan enggan lagi mengenangkan saat beliau tertekan dihimpit kontroversi mahupun mengambil pusing dengan percakapan orang sekelilingnya. Beliau juga tidak mahu terlalu menunjukkan kemesraannya dan suami semata-mata ingin membuktikan betapa utuhnya cinta mereka.

Macam dikatakan, saya okey dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya tidak mahu terlalu bercerita apa dilalui semata-mata untuk membuktikan perkara sebenar. Saya menyerahkan perkara ini kepada Allah dan biar masa menentukan. Allah lebih mengetahui segalanya. Jadi, saya buat biasa saja yang mana menganggap setiap apa yang datang sebagai sesuatu yang positif.

Terdahulu,  Izreen juga sudah menutup ruangan komen di akaun Instagramnya dan mengakui hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen. Bukan itu sahaja alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus “menghentam” lelaki itu mengenai kisah silamnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement

69 responses to “Saya Kini Sangat Bahagia Dan Ingin Maafkan Semua Orang Yang Mengecam Saya – Izreen Azminda”

  1. mek joh says:

    aaa lh sibuk nk maafkn org…y dia tu g tak minta maaf kt org y dia sakit kn ati tuh…pndai belit lh dia nih…dia y byk dosa dia pulak nk maafkn org, dh terbalik…mmg hati hitam sungguh…

  2. Y says:

    Tau knp slalu sgt update happy life die dgn suami coz die xde job sgt da..xde keje nk buat..nk kuar takot org cam die..malu..kne baling tlur plop.beside ..die rase insecure..dgn life intan yg havoc..bnyk fans..supporters…which is dlu yg ade life camtu..price u should pay..X kisah la ko da brjodoh ngn laki die..mslhnye ko xnk mengalah..n rendahkan dri g mntk maaf…ajak skali si da**s Tu…netizen mkin benci hang sbb ko X rndh dri..n sdr kesilapan..ade lagi truk..ko siap nk tyang bahagia..smpi Lupe ko da rmpas kbhagiaan org..da tau smua dok tgh hot ngn ko..xnk kene kutuk..Simpan la ape yg ptot

  3. BITCH WOMAN AGAIN!! PLEASE STOP SHARE ABOUT THIS BITCH WOMAN!

  4. jalal says:

    masa ko dok urus perceraian dgn suami pertama, sempat g check-in hotel ngan director suami org. Oghang ada mato bole lihat, jatuh dosa fitnah kalau aku menipu. jgn nak menipu org ramai, check in hotel mana dgn hotel ledger semua ada record. insaf la sementara masih ada kesempatan.malu dgn anak2 anda malu dgn Tuhan. Rampas suami org, berdosa dik oi.

  5. ilajondo says:

    sila mampus jering…puiii

Loading...