Saya Ingin Buktikan Saya Mampu Beri Impak Positif Pada UiTM – Vivy Yusof

Hiburan

Saya Ingin Buktikan Saya Mampu Beri Impak Positif Pada UiTM – Vivy Yusof

Pelantikan pemilik empayar Fashion Valet dan Duck Group, Datin Vivy Yusof sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Walaupun menerima kritikan, Vivy sedikit pun tidak patah semangat untuk terus menggalas amanah yang sudah ditugaskan kepadanya.

Vivy ingin membuktikan beliau mampu memberikan impak positif yang akan meningkatkan lagi prestasi dan kualiti institusi pengajian tinggi itu.

Walaupun ramai yang mengkritik, ia membuatkan semangat saya semakin membara. Hanya sebab saya muda, I’m not from UiTM, doesn’t mean I cannot give good value.

This is a big job, big role. Saya sahut tanggungjawab ini dan akan buktikan pada yang mengecam, saya mampu memberikan impak positif pada institusi ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pelantikan Vivy merupakan keputusan lembaga pengurusan UiTM sendiri. Kejayaan dan latar belakang Vivy dalam membina empayarnya sehingga ke peringkat antarabangsa  menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana dan boleh memberi suntikan semangat kepada pelajar UiTM.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...