“Saya Ikut Je Cakap Dia..” – Disebabkan Nafsu, Warga Emas Sihir Wanita Guna Sihir Asap Rokok

Kehidupan

“Saya Ikut Je Cakap Dia..” – Disebabkan Nafsu, Warga Emas Sihir Wanita Guna Sihir Asap Rokok

Apabila seseorang itu sudah tidak boleh fikir mana satu yang baik dan buruk, pelbagai perkara dan cara akan dilakukan oleh mereka. Tambahan pula jikalau dia tidak dapat seseorang yang dia mahu.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan ilmu hitam terhadap seseorang. Seperti perkongsiaan seorang wanita kepada pihak mStar ini apabila dirinya difahamkan telah ‘diguna-guna’ semasa bekerja di Kuala Lumpur.

Advertisement

Tanpa wanita itu sedar, dirinya sudah menghilang selama sebulan selepas majikan membuat laporan kepada pihak polis serta menghubungi keluarga di kampung.

wanita terkena sihir asap rokokSumber : Gambar hiasan  

Selepas sebulan, wanita itu ditemui semula dan difahamkan dia tidak mengingati apa-apa kecuali dirinya lompat dari sebuah kereta selepas teringat akan ibu serta adik-beradik di kampung.

Bimbang melihat keadaan wanita itu sering termenung selepas menghilangkan diri, dia telah dibawah untuk berjumpa seorang ustaz dan disitulah wanita itu dapat tahu dia telah disihir oleh seseorang yang menggunakan sihir asap rokok.

Difahamkan dari wanita yang dipanggil sebagai Rozita itu, semasa bekerja dia sering dikunjungi oleh seorang lelaki dalam lingkungan umur 50 tahun untuk membeli barang di kedai.

Namun, satu hari ini, lelaki terbabit meminta bantuan dari Rozita untuk membantunya membawa ke kereta dan secara tiba-tiba lelaki berkenaan menghembuskan asap rokok ke arah wajahnya.

wanita terkena sihir asap rokok

Selepas dihembus, dia langsung tidak mengingati apa-apa perkara dan hanya mengikuti kata-kata lelaki tua itu. Menurut ustaz, rokok itu direndam dengan darah khinzir serta air kencing anjing hitam yang kemudiannya akan dijemur sebelum dijampi.

Kini, setelah mendapat rawatan daripada ustaz berkenaan, hari demi hari keadaan wanita itu semakin pulih dan ingatannya tentang apa yang telah berlaku sudah semakin diingati.

sihir
7 bulan lalu

(VIDEO) "Saya Akan Teringat Dia" - Mula-Mula Nampak Macam Gigih Nak Ngorat, Rupa-Rupanya Bagi Sihir Penunduk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 2, 2022 at 12:31 pm

    takutnyaaaa

Loading...