Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu, Bagi Makan Sedap-Sedap – Zarith Sofia

Hiburan

Saya Hanya Nak Selamatkan Beruang Itu, Bagi Makan Sedap-Sedap – Zarith Sofia

Baru-baru ini tular sebuah video seekor beruang matahari yang dilihat mengeluarkan bunyi bising sambil cuba keluar dari tingkap sebuah kondominium. Beruang itu kemudiannya telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia. Atas kesalahannya memeliharan dan menyimpan beruang matahari tersebut, penyanyi rock Zarith Sofia telah pun ditahan dan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 dan penjara 5 tahun.

zarith sofia beruang

Advertisement

Para netizen telah pun mengecam tindakan penyanyi yang dikenali dengan nama gelaran Pia itu, lebih-lebih lagi selepas mendengar alasannya yang agak tidak masuk akal. Mana tidaknya, Pia menyangka beruang itu adalah seekor anjing dan hanya ingin menjaganya sampai sihat sebelum menghantarnya ke zoo. Secara logiknya, kalau dah perasan haiwan tersebut adalah seekor beruang matahari, maka teruslah hubungi pihak berkuasa. Ini siap simpan sampai 2 minggu dan bagi nama timangan “Bruno” lagi. Memang lain macam.

Sebenarnya, saya jumpa anak beruang itu di tepi jalan dalam keadaan lemah pada waktu malam di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat, bulan lalu. Jalan ketika itu gelap jadi saya sangkakan seekor anjing, tak sangka binatang itu adalah anak beruang matahari.

Jadi saya ambil keputusan membawanya pulang dan menjaga sehingga baik sebelum bercadang menghantarnya kepada pihak zoo dalam waktu terdekat. Namun tak sangka ia menjadi tular terlebih dulu. Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Saya tak sangka perkara ini menjadi satu isu besar.

zarith beruangMenurut Zarith Sofia, dia memang pulang beraya ke kampung dan meninggalkan beruang itu keseorang namun telah menyediakan makanan yang secukupnya. Katanya lagi:-

Memang betul saya balik kampung untuk beraya, tapi saya tak biarkan dia kelaparan. Saya tinggalkan makanan. Malah saya tidak letakkan dia dalam sangkar kerana tak mahu dia duduk terlalu lama. Itu lagi kejam. Mungkin ada jiran yang lalu dan nampak beruang itu dan mereka bising. Sebab itu beruang itu meraung mungkin kerana panik juga.

Kalau Bruno boleh bercakap mesti dia akan beritahu makanan yang saya bagi sedap-sedap, makan coklat… Memang niat lepas dia okay, saya nak hantar ke zoo. Saya risau kalau hantar Bruno ke zoo (ketika dia masih sakit) kerana binatang di sana pun semuanya kurus kering. Badak pun tak nampak macam badak.

 

Apa pun diharap Jabatan Perhilitan mengambil tindakan tegas terhadap penyanyi ini agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Sumber Mstar Online dan Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...