Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Hanya Mahukan Cinta Dan Kasih Sayang, Tidak Kisah Soal Harta – A. Aida

Bahagia cuma seketika, itulah perkataan yang menggambarkan perkahwinan penerbit popular, Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Advertisement

Bercerai buat kali keempat, A. Aida akui beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap mereka sudah tidak ada jodoh.

Pelbagai spekulasi mengenai perpisahan itu dikatakan oleh netizen. A. Aida menafikan dakwaan kononnya sikap cemburu Ariff dan soal wang punca mereka bercerai. Menurutnya, dia tidak kisah langsung mengenai harta mahupun pekerjaan seorang lelaki itu, A. Aida hanya mendambakan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa.

Dalam pada itu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh. Untuk makluman, mereka berkenalan secara rapat dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Advertisement

Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.

Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ditangan Allah SWT. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang berkahwin inginkan perceraian, tetapi siapa tahu derita hati yang ditanggung oleh A. Aida. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. Anonymous

    June 19, 2019 at 3:32 pm

    dri info yg saya dengar dn saya tafsirkan, bercerai mungkin sbb, bekas suami tidak mesra dgn family a.aida, kawen terlalu cepat, tak mengenali dgn lebih mesra, kalau nk kawen dgn mak, kena mesra dgn anak2 dulu.
    Tpi anak2 a.aida kn dh dewasa, umur 20an, mmg ssh lah nk ambil hati, sbb semua dh berakal, bkn mcm Fasha sanda tu, anak2 masih kecil, bolehlah duduk atas bahu.

  2. Anonymous

    June 19, 2019 at 3:20 pm

    selalunya jika berbini tua, lakinya malu nk pimpin tgn bini, malu nk berjalan bedua2 , malu nk mkn bersama2, malu pda msyaraka kt luar. Org pndg berkali2, tu sbb x bahagia. Sbb cinta x ikhlas.

  3. Anonymous

    June 19, 2019 at 3:00 pm

    bukan mudah nk dpt cinta dn kasih syg sepenuhnya dri seseorg, jika diri sendiri juga tak mberi cinta sepenuhnya.
    betulah org ckp, cinta dan kasih syg mmg amat bernilai dri harta.

  4. Anonymous

    June 19, 2019 at 2:33 pm

    sukahati laaa… kawin byk kali xper asalkan kawin…
    makin sok jgn sorang2 mcm erra tuh… asalkan nak duit utk kelangsungan hidup cari sendiri… jgn terkam duit suami bff sudeh…

  5. Anonymous

    June 19, 2019 at 2:18 pm

    Delima wanita berusia ada duit, nk cinta tpi nk muda? Nak suami tp duit xnk kuar. Ko main le dgn kucing!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top