Saya Hanya Mahukan Cinta Dan Kasih Sayang, Tidak Kisah Soal Harta – A. Aida

Hiburan

Saya Hanya Mahukan Cinta Dan Kasih Sayang, Tidak Kisah Soal Harta – A. Aida

Bahagia cuma seketika, itulah perkataan yang menggambarkan perkahwinan penerbit popular, Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Advertisement

Bercerai buat kali keempat, A. Aida akui beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap mereka sudah tidak ada jodoh.

Pelbagai spekulasi mengenai perpisahan itu dikatakan oleh netizen. A. Aida menafikan dakwaan kononnya sikap cemburu Ariff dan soal wang punca mereka bercerai. Menurutnya, dia tidak kisah langsung mengenai harta mahupun pekerjaan seorang lelaki itu, A. Aida hanya mendambakan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa.

Dalam pada itu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh. Untuk makluman, mereka berkenalan secara rapat dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.

Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ditangan Allah SWT. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang berkahwin inginkan perceraian, tetapi siapa tahu derita hati yang ditanggung oleh A. Aida. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...