Saya Dan Suami Belum Lagi Bercerai – Serina Redzuawan

Hiburan

Saya Dan Suami Belum Lagi Bercerai – Serina Redzuawan

Sekitar awal bulan Januari lepas, bertebaran khabar angin mengatakan rumah tangga anak Chef Wan, Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Edwan O’ luanaigh sedang berantakan dan ada dakwaan mengatakan mereka sudah bercerai.

Advertisement

Setelah lama berdiam diri, Serina akhirnya tampil membuka mulut mengenai gosip rumah tangganya itu. Menurut Serina, beliau dan suami masih lagi dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka. Tiada juga kehadiran orang ketiga.

Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.

Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Rumah tangga ada asam garamnya dan jangan cepat berputus asa sekiranya ada dugaan serta ujian yang melanda. Kami mendoakan agar Serina dan Gavin dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...