Saya Dan Alvin Chong Kawan Baik Sahaja, Tiada Nak Sayang-Sayang – Emma Maembong

Hiburan

Saya Dan Alvin Chong Kawan Baik Sahaja, Tiada Nak Sayang-Sayang – Emma Maembong

Sejak bergandingan dalam drama Awak Suka Saya Tak, kemesraan serta keserasian Emma Maembong bersama Alvin Chong selalu mencuri perhatian ramai. Malah, jumlah peminat pasangan ini semakin meningkat naik dan mula lah episod mereka ingin melihat Emma dan Alvin bercinta.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Emma memberitahu hubungan mesra mereka berdua tidak lebih daripada sahabat baik di dalam mahupun di luat set penggambaran.

Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan. Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu. Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu.

Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul. Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan.

Berlakon bersama dan mesra di dalam drama tidak semestinya mereka harus bercinta. Lagipun bukankah Emma sudah berpunya? Hehe..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...