Saya Dah Serik Tolong Fathia, Dia Tak Sayangkan Dirinya Sendiri – Produser Drama Haji Zil

Hiburan

Saya Dah Serik Tolong Fathia, Dia Tak Sayangkan Dirinya Sendiri – Produser Drama Haji Zil

Kontroversi yang menghimpit pelakon Fathia Latiff sebelum ini sedikit pun tidak membuatkan produser drama terkenal, Haji Fadzil Teh ataupun lebih dikenali sebagai Haji Zil hilang kepercayaan kepada Fathia untuk berlakon. Baginya semua insan layak diberi peluang kedua untuk berubah dan menjadi lebih baik.

Advertisement

Namun, kontroversi video yang memaparkan seorang wanita berambut pendek yang dikatakan Fathia itu membuatkan Haji Zil merasa kecewa. Mana tidaknya, beliau sudah berkali-kali membantu pelakon itu untuk berubah dan kembali bangkit dalam industri seni, tetapi peluang itu seakan di sia-siakan.

Saya sedih dengan apa yang berlaku. Berkali-kali saya cuba untuk tidak percaya dan berharap wanita yang dilihat dalam rakaman video itu bukan Fathia. Namun, selepas melihat semula rakaman di Instagram (IG) Story milik Fathia, jelas memang itulah dia.

Teman-teman saya juga beritahu wanita dalam video berkenaan adalah Fathia. Ini ibarat sudah terang lagi bersuluh.Saya sudah serik hendak bantu orang macam dia lagi.

Bagaimanapun, Haji Zil mengakui beliau kasihan melihat nasib yang menimpa Fathia. Katanya, Fathia harus dibantu sebelum semuanya terlambat.

Saya yakin manusia buat silap dan berhak diberi peluang untuk melupakan kisah silam. Namun, dengan apa yang terjadi, Fathia nampaknya terus mengundang kecaman ramai. Nampaknya, dia tak sayang dan kasihankan dirinya sendiri.

Saya fikir Fathia perlu dibantu untuk memulihkan dirinya. Keluarga Fathia perlu berbuat sesuatu demi kebaikan dia sekurang- kurangnya pada peringkat awal ini.

Meskipun video dirinya tidak bertudung itu sudah viral, Fathia sehingga kini masih berdiam diri tanpa sebarang penjelasan lanjut. Ramai yang mula mempersoalkan kata-kata beliau sebelum ini yang mahu berubah ke arah lebih baik dan tidak mahu terlibat dengan kontroversi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...